Free Promotion Designer

Free Promotion  Designer




Saturday, April 9, 2011

The An PUNB And Johor Skill Development Programmed for New Fresh Graduate or Unemployed , GPS ( NEWEST LESS PROMOTION PRODUCT)






HARGA PASARAN RM450 KE 500 KINI CUMA RM 360 SAHAJA Sekali Dgn Perkhidmatan Perhantaran


MURAH BUKAN KERANA KUALITI NYA TIDAK BAIK ..TAPI MURAH KERANA SAYA INGIN BERKONGSI TEKNOLOGI DGN ANDA

THE QUALITY IS THE BEST IN TOWN




STANDARD PACKAGE
1 X In car charger
1 X GPS Holder/Bracket and in car mounting kit
1 X in home/traveller charger
1 X USB cable ( The only GPS support USB2.0)
1 X Stylus
1 X 3.5mm earphone











Briefings and interviews beginning apprentices Graduate Programme for New Fresh Graduate to involved the Business under company Perbadanan Nasional Berhad (PUNB)

Begin your first step to become entrepreneurs through Graduate Apprentice PUNB. As well, organization will apprentices anybody involve this programme will be given a subsistence allowance of RM800.00 per month in the first 3 months and the months to RM1000.00-4 and continue until the completion of the training (6 months - 12 months) at the Graduate Apprentice Program depends on the business.


Qualifying conditions: -

1. Bumiputera ( Female or Male) holds a Degree, Diploma or any Certificate of Skills not either SPM(of the recognized institutions of government or Swasta , condition have JPA or MQA Approve on your education study

2. Under 30 years old

3. To be an entrepreneur and looking for work or Interested to business

PUNB offers opportunities to apprentices who are interested and qualified to start a business with an initial capital through a loan up to RM50, 000.00 after the completion of the training loop.

Please meet us at the beginning of open briefings and interviews on: -
Please referring the PUNB Website
http://www.punb.com.my


As well, supported document, please bringing this following document during interviews session

1. Copies of qualification certificates
2. 2 passport size photos
3. Copy of Identity Card
4. Payment of RM20 will be charged to those who sit for Entrepreneurship Compatibility Test








Johor Skills Development Centre or Pusat Pembangunan Tenaga Industri Johor

It is center to anybody or fresh graduated gain any skill or technical knowledge especialy in part factory business or computing. And then, using to PUSPATRI module it mostly focused on the Puspatri (Pusat Tenaga Industri Johor) The organization basically established in 1993 by Johor Corporation with the objective to provide technical training and skills upgrading to the industrial workforce.

PUSPATRI is one of the most established skills training centre in the state, which offers continuous training in various technical and technological based programmed to the industrial workforce, school leavers (SPM) and unemployed graduated to upgrade their skills. Further Information, Please visit on their website at http://www.puspatri.edu.my/

This following is an short list of the any course from PUSPATRI organization, further information, please visit on company website, to more Info

Short Course

Industrial Automation
Industrial Electronic
calibration and Instrumention Technology
Electrical
AutoCAD and MasterCAM
Information Technology
CNC Machining
Industrial Enegineering/OSHA
Plastic Technology
Wedding Technology
Maintence Technology
Soft Skills

WTTP (Workforce Technical Transformation Programme)
Jurukimpal Arka Logam ( SKM 1 and 2)
Juruteknik Electrik (SKM 1 and 2)
Juruteknik Elektrik Kanan (SKM 3)
Electronik Industri ( SKM 1 and 2)
Pemesinan AM ( SKM 1 and 2)
Mekanik Industri ( SKM 1 and 2)
Pembangunan Applikasi (SKM 2 and 3)

INSEP ( Industri Skills Enhancement Programme)

Calibration and Instrumentation Technology
PCN-NDT Inspection
Engineering Operation and Maintenace
Vibration Technology and Maintenace Management
Steam Plant Operation Maintenance
Safety and Health Officer
PCN Welding Inspection
Painting and Corrosion Inspector
API Inspector

Tuesday, March 15, 2011

HAK-HAK ANDA SEBAGAI PEKERJA


PANDUAN KHAS (www.HakPekerja.com)


APABILA SETIBA SAHAJA PADA 1 HARIBULAN MEI TIDAK KIRA TAHUN BERAPA SUDAH PASTINYA MENJADI PUBLIC HOLIDAY ATAU CUTI UMUM, DAN INI ADALAH TANDA PERANUGERAHAN ATAU APPRECIATED TERHADAP PEKERJA

Pihak penulis berusaha sedaya-upaya memastikan ebook yang diterbitkan ini
mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti dari segi subjek/topik yang
dibincangkan. Penulis ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat
perundangan, perkanunan dan profesional yang lain kepada pembaca. Sekiranya
nasihat pakar atau bantuan diperlukan, sila dapatkan khidmat dan nasihat
profesional daripada pakar yang berkelayakan dan diiktiraf. Panduan ringkas ini
hanya berupa maklumat atau info asas kepada para individu/organisasi yang
ingin mendapatkan serba sedikit maklumat berkenaan hak-hak dan
keistimewaan sebagai pekerja. Segala maklumat diperoleh dari sumber rujukkan
yang dipercayai dan sahih iaitu MTUC ( Malaysian Trade Union Congress ),
NAMM ( Networks of Action for Migrants in Malaysia ), Lawyerment ( Malaysia
Online Legal Resources ) dan buku-buku mengenai akta-akta pekerja seperti
Employment Act 1955, Industrial Relation Act 1967 dan Trade Union Act 1959.


Pada hari ini, dengan kesedaran dikalangan rakyat yang makin tinggi,
pendedahan pihak media semakin meluas keberanian dan ketegasan pihak
kerajaan dan badan bukan kerajaan ( NGO ) menyaksikan nasib pekerja-pekerja
dinegara ini semakin terbela.


segala data dan maklumat daripada www.HakPekerja.com. saya cuma berkongsi sahaja kepada anda sekalian, Terima kasih.



Pelabagai dasar, undang-undang dan akta digubal demi menjamin hak-hak dan
keistimewaan pekerja sentiasa dibela. Setiap pekerja memiliki hak-hak
keistimewaan tersendiri dan mampu menikmati kesenangan menerusi kuasa
yang diterima.


Menyentuh mengenai keistimewaan yang diperoleh oleh para pekerja, masih
ramai lagi yang belum mengetahui sejauh manakah pekerja-pekerja di Malaysia
mendapat hak pembelaannya.


Hubungan antara pekerja dan majikan adalah dilindungi dibawah Akta Pekerja
1955 ( Employment Act 1955 ). Akta ini secara amnya meliputi dan melindungi
hak-hak pekerja didalam hubungan pekerjaan. Ianya menyediakan faedah-
faedah minimum dan hak-hak pekerja seperti had masa bekerja, bilangan hari
cuti tahunan dan cuti am, minimum kerja lebih masa, bilangan hari cuti sakit,
hospital, cuti bersalin dan sebagainya.


Setiap pekerja seharusnya mempelajari dan mengetahui kandungan-kandungan
Akta ini dan tidak ragu-ragu untuk mengingatkan majikan dan jika perlu
mengambil tindakkan terhadap majikan-majikan yang gagal mematuhi segala
perincian yang terkandung dalam undang-undang dan peraturan-peraturan yang
telah ditetapkan.


Dibawah ini adalah susunan seksyen-seksyen yang terkandung di dalam Akta
Kerja 1955 berkenaan hubungan pekerja dan majikan yang seringkali menjadi
isu dikalangan pekerja-pekerja.



Permulaan SUSUNAN SEKSYEN-SEKSYEN

1. Kontrak Perkhidmatan
2. Pembayaran Upah ( Gaji )
3. Potongan-potongan daripada Upah ( Gaji )
4. Berkaitan dengan sistem membayar upah ( Gaji ) dengan barang
5. Keutamaan upah ( Gaji )
6. Kontraktor dan Prinsipal
7. Mengambil bekerja Wanita
8. Perlindungan Bersalin
9. Mengambil Kanak-kanak dan Orang Muda
10. Kakitangan Domestik
11. Hari rehat, Tempoh Masa Kerja, Hari Kelepasan, dan lain-lain syarat
perkhidmatan
12. Faedah-faedah Penamatan, Rentikerja Sentara, dan Persaraan
13. Pengambilan kerja Pekerja Asing
14. Daftar, Penyata, dan Papan notis
15. Pemeriksaan
16. Pengadu dan siasatan
17. Prosedur
18. Kesalahan-kesalahan dan penalty-penalti
19. Peraturan-peraturan
20. Pemansuhan dan kecualian



Setiap seksyen diatas mempunyai pelbagai cabang dalam menghuraikan hak-
hak dan keistimewaan pekerja. Dibawah dibincangkan antara persoalan-
persoalan yang seringkali dibincangkan berkenaan pekerja dan majikan.


Antara soalan-soalan yang sering menjadi isu mengenai
hak pekerja.


Apakah golongan pekerja yang dilindungi di bawah Akta Kerja 1955?


Semua pekerja yang mendapat gaji tidak melebihi RM1,500.00 sebulan, dan
seseorang pekerja yang melakukan kerja tanpa mengira jumlah upah sebulan.
Selain itu, pekerja dengan Kontrak Perkhidmatan turut dilindungi di bawah akta
tersebut. Ini tidak bermakna jika anda berpendapatan melebihi RM1500
sebulan hak anda tidak dilindungi, anda tetap mempunyai hak-hak dan
keistimewaan tetapi ianya adalah dibawah akta-akta yang lain. Anda perlu
faham, setiap pekerja tidak hanya dilindungi oleh satu akta, tetapi pelbagai
akta, jika mereka adalah tergolong dalam akta tersebut. Ini bermakna anda
sebenarnya dilindungi oleh lebih dari satu akta.


Apakah definasi Kontrak Perkhidmatan?


Sebarang perjanjian (sama ada lisan atau bertulis dan sama ada dinyatakan
atau dibayangkan) di mana seseorang itu bersetuju untuk mengambil seseorang
yang lain bekerja dan pekerja itu pula bersetuju untuk berkhidmat kepada
majikannya sebagai seorang pekerja. Pekerja tersebut juga mempunyai hak
untuk mendapat dan menyimpan salinan Kontrak Perkhidmatan ini.


Adakah Buruh atau Pekerja Migran tergolong di dalam Akta Kerja 1955?


Ya. memang sama sekali, klu tidak, ada akta nie, suka hati mak bapak majikan nk lakukan apa sahaja, nie aku tlis sendiri



Apakah hak-hak pekerja yang terkandung dalam Akta Kerja 1955?



Berbagai jenis hak pekerja termasuk jumlah jam kerja maksima, kerja lebih
masa dan kadar pembayaran gaji, cuti am berbayar, cuti tahunan berbayar, cuti
sakit berbayar, gaji dan jenis potongan yang dibenarkan kepada majikan, cuti
bersalin dan lain-lain lagi.


Apabila seseorang pekerja sudah menandatangani kontrak dengan
majikan, adakah pekerja itu boleh terus berpegang kepada Akta Kerja
1955?


Ya, dia boleh. Jika hak yang terkandung dalam Akta Kerja adalah lebih baik daripada apa yang terkandung dalam Kontrak Perkhidmatan, pekerja berhak
mendapatkan hak sapertimana tercatat dalam Akta Kerja 1955. Jika hak
terkandung dalam Kontrak Perkhidmatan adalah lebih baik daripada apa yang
terkandung dalam Akta Kerja, pekerja berhak menuntuk hak yang lebih baik

sapertimana terkandung dalam Kontrak Perkhidmatan


Apakah definasi “ Waktu Kerja Biasa ” ?

tersebut.




“ Waktu Kerja Biasa ” ialah waktu kerja yang dipersetujui di antara majikan dan
pekerja dalam kontrak perkhidmatan sebagai waktu-waktu kerja biasa dalam
sehari. Waktu kerja biasa tersebut tidak boleh melebihi: 8 jam sehari tidak
termasuk waktu rehat; 5 jam bekerja berterusan tanpa rehat sekurang
kurangnya 30minit.


Pekerja mempunyai hak maksimum bekerja seminggu iaitu 48 jam. Atas
persetujuan bersama, pekerja boleh bekerja 9 jam sehari tetapi tidak boleh

melebihi 48 jam seminggu.

Apakah definasi „ kerja lebih masa ‟?


Kerja lebih masa bermakna bilangan jam kerja yang dilakukan melebihi masa
kerja normal dalam satu hari.




Berapakah kadar bayaran untuk kerja lebih masa?


Kadar bayaran kerja lebih masa hendaklah sekurang-kurangnya seperti berikut:
- Pada hari kerja biasa, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk hari biasa.
- Pada hari rehat, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja hari rehat
- Pada cuti am, 1 ½ kali kadar gaji sejam untuk kerja pada cuti am.


Apakah ada had kepada bilangan jam seseorang pekerja untuk

dibenarkan bekerja lebih masa dalam satu bulan?



Seseorang pekerja tidak boleh bekerja lebih masa melebihi 104 jam dalam
sebulan..



Apakah wajib bagi kontrak perkhidmatan untuk menyatakan
tempoh gaji? Berapakah tempoh gaji yang sepatutn
ya?


Setiap kontrak perkhidmatan wajib menyatakan tempoh gaji yang tidak lebih
daripada satu bulan. Sekiranya kontrak tersebut tidak menyatakan tempoh gaji
tersebut, maka tempoh tersebut akan dikira sebagai sebulan.


Bilakah gaji harus dibayar kepada pekerja-pekerja?

Gaji pekerja perlulah dibayar tidak lewat dari hari ketujuh selepas tamat tempoh
gaji. Majikan juga boleh memohon untuk melanjutkan masa pembayaran gaji
daripada Ketua Pengarah Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia.



Apakah potongan-potongan yang telah ditetapkan oleh undang-
undang?



Potongan yang dibenarkan adalah seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP), dan sumbangan keselamatan sosial (SOCSO). Selain itu, Akta Kerja
juga membenarkan pemotongan untuk mendapatkan kembali gaji yang terlebih
dibayar sebelum tempoh 3 bulan, dan juga untuk mendapatkan kembali apa-apa
pendahuluan gaji yang telah diberikan, di mana jumlah tersebut tidak boleh
melebihi nilai gaji bagi satu bulan.

Berapakah jumlah potongan gaji yang dibenarkan oleh undang-
undang?


Jumlah maksima pomotongan gaji yang dibenarkan adalah jumlah yang tidak
melampaui separuh gaji yang harus diterima oleh pekerja bagi bulan tersebut
dimana, pekerja harus dibayar sekurang-kurangnya separuh daripada gajinya
untuk setiap bulan.


Bilakah gaji perlu dibayar kepada pekerja jika berlaku penamatan
kontrak perkhidmatan?



Gaji harus dibayar sebaik sahaja kontrak ditamatkan.


Apakah jenis pekerjaan yang dilarang wanita daripada
melakukannya sejajar dengan Akta?


Jenis pekerjaan di mana seseorang wanita dilarang melakukannya adalah seperti
berikut:


i. Kerja bawah tanah;
ii.Bekerja di sektor perusahaan/pertanian di antara pukul 10.00 malam sehingga
5.00 pagi tanpa pengecualian daripada Ketua Pengarah Buruh.


Berapakah cuti rehat untuk seorang pekerja di bawah Akta ini?


Setiap pekerja adalah layak untuk mendapat cuti selama satu hari penuh untuk
setiap minggu.

Adakah tidak menjadi kesalahan dari segi undang-undang
keatas majikan untuk meminta pekerjanya datang bekerja pada hari
rehat?


Seseorang pekerja boleh dikehendaki oleh majikannya untuk bekerja pada hari
rehatnya adalah seperti keadaan-keadaan berikut: kemalangan, sebenar atau
diancam dalam tempat kerjanya; kerja yang mana perlaksanaannya adalah
perlu kepada keselamatan masyarakat; kerja yang perlu bagi pertahanan atau
keselamatan Malaysia; kerja segera yang harus dilakukan ke atas jentera atau
loji; suatu gangguan kerja yang tidak mungkin dapat dijangka; kerja yang harus
dilakukan oleh pekerja-pekerja dalam mana-mana kegiatan perusahaan yang
perlu kepada ekonomi Malaysia atau mana-mana perkhidmatan perlu
sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Perhubungan Perusahaan 1967


Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta untuk
bekerja pada cuti rehat?


Seseorang pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari rehatnya hendaklah
dibayar bayaran satu hari tambahan gajinya atas kadar gaji biasanya. (iaitu 2
kali gaji hari kerja biasa)


Berapakah kelayakan cuti am bergaji pekerja dalam setahun?

Seseorang pekerja layak sekurang-kurangnya 10 hari cuti am bergaji dalam
setahun. Dimana, 10 Hari Cuti Am tersebut adalah Hari Pekerja (Mei 1), Hari
Kelahiran Yang Di Pertuan Agung, Hari Merdeka (Ogos 31), Hari Keputeraan
Sultan atau Hari Wilayah Persekutuan, dan 6 cuti am yang lain yang majikan
harus memutuskan dan memberitahu pekerja melalui notis pada permulaan
setiap tahun.




Bagaimanakah kadar bayaran kepada pekerja yang diminta bekerja
pada hari cuti tersebut?



Seseorang pekerja layak mendapat 2 hari gaji sebagai tambahan pada kadar
gaji biasa jika pekerja bekerja pada hari tersebut. (iaitu 3 kali gaji hari kerja
biasa)

Berapa harikah kelayakan cuti tahunan bagi seseorang pekerja?


Bekerja kurang dari 2 tahun: - 8 hari setiap tahun
Lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun - 12 hari bagi setiap tahun
5 tahun dan lebih - 16 hari bagi setiap tahun



Di mana seorang pekerja yang mengambil cuti tahunan berbayar, berhak untuk
cuti sakit berbayar atau mendapat cuti bersalin semasa dalam masa cuti
tahunan, dan cuti tahunan berbayar akan dianggap belum diambil untuk hari-
hari pekerja tersebut mengambil cuti sakit berbayar atau cuti bersalin.




Berapakah kelayakan cuti sakit seseorang pekerja dalam setahun?


Kelayakan cuti sakit bergaji setahun adalah:


Kurang dari 2 tahun perkhidmatan - 14 hari
Lebih dari 2 tahun tetapi kurang dari 5 tahun - 18 hari
5 tahun dan lebih - 22 hari


Di mana hospitalisi diperlukan sehingga 90 hari untuk cuti bersalin




Apakah keadaan yang menyebabkan pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji?


Pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh di mana pekerja
berhak mendapat elaun bersalin atau menerima pampasan bagi ketidakupayaan
di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta Keselamatan Sosial Pekerja
1969.




Apakah keadaan yang boleh menyebabkan pekerja tersebut
melanggar Kontrak Perkhidmatan?


Seorang pekerja dianggap melanggar kontrak perkhidmatannya apabila dia
berterusan tidak hadir kerja selama lebih daripada 2 hari bekerja berturut-turut
tanpa kebenaran daripada majikannya.


melainkan ia mempunyai alasan yang munasabah bagi ketidakhadhirannya itu,
dan telah memberitahu atau telah mencuba memberitahu majikannya tentang
alasan itu sebelum atau semasa awal ketidakhadhiran tersebut.




Di dalam keadaan apakah pula majikan dianggap melanggar
Kontrak Perkhidmatan?


Seorang majikan dianggap telah melanggar kontrak perkhidmatan apabila gagal
membayar gaji dalam tempoh tidak lewat daripada hari ketujuh selepas
jangkamasa upah yang sepatutnya diberikan oleh seseorang majikan kepada
pekerjanya.


Berhakkah bagi seorang majikan itu menamatkan kerja seorang
pekerja tempatan, dan kemudiannya mengambil seorang pekerja
migrant bekerja?



Tidak. Seorang majikan tidak boleh menamatkan kontrak perkhidmatan seorang
pekerja tempatan bagi tujuan untuk mengambil seorang pekerja migrant atau
pekerja asing.(seksyen 60M)

Bolehkah seorang majikan memberikan layanan berbeza kepada pekerja tempatan dan pekerja asing?


Tidakboleh, majikan hendaklah memberikan layanan yang sama kepada
pekerjanya tidak kiralah pekerjanya merupakan rakyat tempatan ataupun asing.
Jika pekerja tempatan mahupun asing merasakan wujudnya diskriminasi
terhadap mereka berkenaan keadaan kerja atau selainnya, mereka boleh

membuat aduan kepada Pejabat Buruh. (Seksyen 60L 28 ) Apabila berlaku pembuangan

kerja, siapakah yang akan mula-mula
dibuang kerja?



Biasanya, prinsip yang diguna pakai adalah pekerja yang akhir sekali diambil
masuk bekerja akan dibuang kerja terlebih dahulu. Tetapi, seksyen 60N Akta
Kerja 1955 menyatakan bahawa “Sekiranya majikan dikehendaki mengurangkan
tenaga kerjanya oleh sebab lebihan pekerja, maka majikan itu tidaklah boleh
menamatkan perkhidmatan pekerja tempatan melainkan jika dia telah terlebih
dahulu menamatkan perkhidmatan semua pekerja asing yang bekerja
dengannya dalam bidang tugas serupa dengan bidang tugas pekerja tempatan
itu.


Kami tidak setuju, dan menyatakan bahawa seksyen 60N ini bukan sahaja tidak
adil tetapi juga bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang
menjamin kesamaan. Maka, seksyen 60N adalah tidak sah.



Apakah peraturan yang memperuntukkan kelayakan Faedah
Penamatan dan Rentikerja Sentara ( Termination and Lay-off benefits )
yang diliputi di bawah Akta ini?


Peraturan-peraturan Kerja (Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara), 1980


Tahukah anda.. lebih 15 akta khas telah digubal untuk melindungi golongan
pekerja di Malaysia. Jika anda merasakan anda tidak tergolong dalam sesuatu
akta, ternyata anda silap, sebaliknya anda masih mempunyai hak dan
keistimewaan sebagai pekerja dibawah pelbagai akta yang berlainan.
Kesimpulannya... setiap golongan pekerja di Malaysia, tidak kira kerajaan
mahupun swasta dan tidak terkecuali juga pekerja asing, semuanya dilindungi
dibawah akta-akta yang sentiasa memihak kepada anda.




SEKIARNYA TERDAPAT PERMASALAHAN, SILA HUBUNGI BAHAGIAN BIRO KESATUAN PEKERJA, INSYALAH,MEREKA AKAN MEMBANTU,

Wisma MTUC,10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya,Selangor.Tel:03-80242953,Fax: 03-80243225,
Email:mtuc@tm.net.my